Google Classroom ialah platform pengurusan bilik darjah yang sangat berguna, terutamanya dalam PdPR dan juga semasa sesi pengajaran biasa. Berikut ialah lima cara untuk menggunakannya dengan lebih berkesan:
Pastikan anda mengatur bahan mengikut topik supaya pelajar tidak keliru. Gunakan tarikh atau tema yang mudah difahami.
Fungsi “Quiz Assignment” sangat berguna untuk penilaian kendiri dan formatif. Anda boleh tetapkan markah automatik juga.
Maklumkan pelajar setiap kali tugasan dimuat naik. Gunakan komen untuk beri maklum balas segera.
Gunakan folder khas untuk setiap subjek atau kelas. Ini memudahkan pencarian bahan lama.
Gunakan pautan Meet terbina dalam. Ia memudahkan pelajar masuk tanpa perlu aplikasi tambahan.
Semoga tip ini membantu guru-guru menggunakan Google Classroom secara lebih terancang dan berkesan.